Tuesday 8 October 2013

Inilah Tulisan Pertama Saya!

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Errr...nak tulis apa ek? haha...1st time menulis blog nih. Macam kekok la pulak. hmmmm tak pe saya try. Okeh, nak citer pasal blog ni.. memang niat di hati nak buat blog dah lama dah. Sebenarnya saya ni memang agak minat menulis dan sangat minat juga membaca apa saja bahan-bahan penulisan terutamanya novel (dalam hati ada taman sikit ni..hehe) Saya pernah cuba-cuba menulis cerpen masa saya sekolah rendah dulu tapi sekadar syok sendri je la...sendri tulis, sendiri baca lepas tu simpan-sorok dalam almari sebab takut orang baca..malu oooo...!

Bila masuk sekolah menengah, minat tu terkubur macam tu je dek kesibukan belajar (sibuk blajar ke sibuk buat hal lain? syyhhh..haha.) Lagi-lagi bila masuk IPT, terus terkubur takde nisan langsung lagi dah. Tetiba bila joint IJI, Mentor kesayangan saya Dr Azizan Osman suruh tulis apa bakat yang saya ada, saya terus tulis kat dalam nota saya perkataan MENULIS. Masa tu tak tahu lagi pasal 6 pillar bagaimana nak menjadi "zero to hero" yang kunci utamanya ialah menulis! Kemudian bila DAO sebut pillar yang pertama ialah menulis, terus tersentak jantung saya ni. Waaahhh...rupanya pillar pertama yang mentor bagi sama dengan bakat saya! Terus datang semangat yang berkobar-kobar untuk menulis semula. Dalam kepala punyala banyak idea..sampai bila habis je IJI tak tahu nak mula yang mana dulu..haha.

Kemudian sikit-sikit saya start tulis di wall facebook saya..biar sikit-sikit dari tak buat langsung kan? Jadi, memang saya nak tengok sangatlah respon dari kawan-kawan..alhamdulillah ada juge la yang "like" walaupun tak ramai..takde la sampai nak minta tolong anak atau suami like..tu dah kira kronik dah tu kan? Yang paling best bila saya share tips2 bagaimana nak berbisnes di facebook (share dari mentor-metor saya) mendapat perhatian kawan-kawan sampai ada yang inbox nak tahu detail mengenai tips-tips tersebut. Apa yang saya tahu, saya share dengan diorang tapi saya cakap, kalau nak tahu lanjut, nak tambah ilmu pergilah seminar-seminar DAO! Haha..ni kira dah tolong promot dah  kan? Alhamdulillah seronok rasanya bila dapat share dan membantu kawan-kawan walaupun tak sebesar mana pun pertolongan tu.

Hmmm..berbalik pasal blog ni. Nama blog ni saya ambil sempena nama satu-satunya anak dara kesayangan saya, Najla Nur Imtiyaaz binti Mohammad Nazri (Ibu sayang sangat dengan kakak!) Apa kaitannya pulak dengan "Vita World"? Hmmmm sebenarnya ia sangat berkait rapat dengan bisnes yang saya buat sekarang. Nak tahu ke apa kepakaran saya?

Ok, ni saya nak bagitahu : Kepakaran saya ialah menyelesaikan masalah sesiapa sahaja yang ingin menjadi sihat, cergas dan cantik secara semulajadi tetapi tidak sempat untuk menjaga tabiat makan yang seimbang. Mesti  ramai dikalangan kita yang ingin tahu tips-tips bagaimana nak mendapatkan nutrisi yang lengkap tetapi ringkas, bagi menggantikan makanan yang sepatutnya kita ambil setiap hari, bukan? Ye..kat sinilah tempatnya yang paling sesuai untuk saya kongsikan 1001 kebaikan makanan tambahan atau nutrisi yang sangat terkenal di seluruh dunia berjenama Shaklee. Setelah setahun saya menggunakan produk ini dan merasai sendiri keberkesanannya, adalah berdosa (meminjam kata-kata DAO) sekiranya saya tidak berkongsi kebaikannya dengan semua orang.

Sebenarnya ada cerita bagaimana saya terlibat dalam bisnes ini.. Semuanya bermula dari IMKK. Nak tahu ke kisahnya? Nanti saya sambung okeh? Nak menguruskan anak-anak pulak ni..Oh alangkah  indahnya bekerja dari rumah...(jangan jeles ye yang masih tersangkut di federal highway setiap hari tu...) hehe. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia akhirat walau apa juga pekerjaan yang anda lakukan. Aamiin ya rabbal'alamin.

Master Madiah (MM)
914540